Ketua Umum DDII Pusat
Dewandakwahjatim.com, Dep9k - Jumat (29/10/2021) malam, saya diminta menjadi salah satu pembahas atas peluncuran kembali buku kumpulan puisi Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud. Judulnya: Mutiara Taman Adabi dan Dalam Terang. Buku baru ini memang merupakan himpunan puisi dalam kedua buku tersebut. Kali ini buku puisi ini diterbitkan oleh Nuun Adabi Nusa Bangsa (2021).
Hadir juga sebagai pembahas, Prof. Tatiana Denisova, Dr. Malki Ahmad Nasir, dan sebagainya. Prof. Tatiana menyebut penulis puisi ini merupakan seorang ilmuwan berbakat tinggi dalam bidang puisi, yang menayangkan makna yang tinggi, halus, secara kritis tetapi senantiasa optimis.
Penulisnya tidak menghamburkan slogan tetapi memberi kefahaman akan konsep-konsep dan istilah-istilah penting dalam agama Islam dan Tamadun Melayu secara perbandingan. Prof. Tatiana menyebut puisi-puisi Prof. Wan merupakan puisi yang tinggi dan ikhlas.
Dalam pengantarnya, penyair Malaysia, Mohd. Affandi Hassan mengatakan, bahwa dengan lahirnya puisi Prof. Wan Mohd Nor, maka "sajak" Melayu tidak lagi bersifat topikal, berupa catatan dam sketsa kasar peristiwa-peristiwa kecil dalam masyarakat, atau tentang peristiwa-peristiwa besar yang dikerdilkan dengan slogan dan protes yang menyala, tetapi tidak berbara.
"Api kayu gabus tentulah tidak sama dengan api kayu rambutan; yang satu berabu, yang satu lagi meninggalkan bara. Yang kita perlukan bukan abu emosi, tetapi bara intelektual yang boleh dihujah dan dihurai panjang lebar, diberi tafsiran mendalam. Dr. Wan Mohd Nor telah berjaya memberikan kita bara intelektual itu, Inilah kejayaan beliau yang tidak dapat dinafikan," tulis Mohd. Affandi Hassan.
*****
Untuk memahami beberapa topik penting dalam berbagai bidang kehidupan, kita kutipkan beberapa judul dan sebagian isi Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud:
“Puyuh dengan Helang”
Ilmuwan tiruan seperti puyuh mencuri paruh dan sayap helang
Ijazah berjela, kajian merata, kerusi diduduki tidak terbilang,
Bagi penguasa dan pentadbir yang dilatih mereka semua
Ilmuwan sebegini hanya menjaja nama dan mengulangi kata.
……
Wahai temanku sekalian
Janganlah menjadi ilmuwan palsu tiruan
Syukurilah nikmat Tuhan, redalah pada-Nya
Jika takdirmu seekor puyuh, lakukan tugasmu patuh setia
Biarlah helang terbang bebas menjaga padang dan taman
Kerana hasadlah iblis Khalid di neraka jahannam.
*****
“Mustafa Kemal Ataturk”
Kejayaan besarmu di medan perang, malang
Menjadi pendorong kegagalanmu di lain bidang
Kau berjaya menjaga kesatuan, menghalau musuh luaran
Kau gagal mengukuh bangsa, menggali khazanah dalaman
Mustafa Kemal, kau tersilap besar menganggap kekuatan Barat
Berdasarkan peluru bedil, kereta kebal, tali leher, membuka aurat
Huruf Latin, kau duga, membantu Eropah menjadi kuat
Lalu kau memaksa rakyat menolak lisan Uthmani, berteras Arab
Berjuta lampu di Sulaymaniyyah dan segenap tempat menjadi gelap
Dalam satu hari kau padamkan cahaya hasilan ilmu puluhan abad
“Raden Ajeng Kartini”
Jika kau hidup pada zamanku ini Raden Kartini
Tentu kau akan banyak menangis, meratapi
Kaummu wanita tidak lagi mahu terbang tinggi
Mencari ilmu, berbakti perbaiki bangsa sendiri.
Mereka mudah mengulangi slogan manis dari Barat
Sering menghina tradisi sendiri kerana tidak mengerti hikmat
Keluarga pecah berkecai kerana ibu-bapa begitu cuai
Anak-anak melepak-liar walau ibu berijazah pandai
“Aku bimbang, khuatir”
Aku takut umat kita tidak akan bangkit lagi
Walau ekonomi melambung tinggi
Umatku sibuk membeli saham menjual budi
Anggap sekolah, madrasah tidak bererti jika gagal meningkat gaji
Universiti tidak dinilai secara insane, hanya patuh nafsu industri
Yang sering berubah mengikut pasaran
Pasaran berubah mengikut perasaan
…..
Bagaimana kita akan bangkit semula
Memimpin dunia mendapat syurga?
Jika ibu-bapa pintar melahir anak cuma
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah
Ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik, bertuhankan laba
Ahli politik memperniaga prinsip dan akhlak segala
Jika cendekiawan cuma mengikut dan membuat komentar –
Cekap mengubah fakta, meminda makna, mengejar kuasa
Adam akan menyesal
Dan Iblis berkenduri besar.
*****
Demikianlah sebagian petikan puisi dari Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud, seorang pakar pendidikan dan pemikiran internasional. Semoga bermanfaat. (Depok, 29 Oktober 2021).
Ed. Sudono S.